Kisah Pahit Manis

Selasa, 24 Februari 2015

TONSILITIS



huh..puas bila dapat cuti raya cina 2 minggu..gila kau x puas tak tahu nak buat ape dah dekat rumah..
apa yang zieyzie buat masa raya cina ary tu...huhu mak zieyziekan salah seorang ahli bacaan yassin bg penduduk dekat taman jd kalau mak zieyzie pergi majlis bacaan yassin zieyzie follow je...drpd bosan dok rumah tak buat ape baik follow..betul tak? then mak2 menakan zieyzie ade buat kenduri arwah untuk tokwan sekali dengan sambutan birthday...hehe..

tpi bukan itu yang zieyzie nak ceritakan pada korang semua...
zieyzie nak cerita fasal satu penyakit ni..
apa dia?
 tentang TONSILITIS

Tonsilitis ni dalam bahasa mudah dan biasanye kita panggil "inflammation of tonsil"

Zieyzie pernah tengoklah penyakit ni depan2 dekat ayah Zieyzie dengan kawan zieyzie sorang ni..
kalau fasal ayah zieyzie ni tak ingat sangatlah apa symptom2 dia sebab kejadian dia masa tu pada umur zieyzie 5 -6 tahun g2..

Fasal kawan zieyzie ni pulak dia ni mmg suka sangat tido berdengkur..ha pada yang suka tido berdengkur tu jaga2lah kome ini satu salah satu penyebabnye...lepas tu dia ada jugak mengadu sakit tekak ingat biasa2 je tp sakit tekak tu macam berlarutan plak...dia pergi hospital bukan atas sakit tekak tp sebab dia sakit perut dan nausea bila cek nah doktor sahkan dia terkena tonsilitis


nilah gambar dia yang sempat dirakamkan..

Bagi zieyzie ia amat meyeramkan jugak kalau dengar tu sebabnye kalau tonsil tu bengkaknye semakin membesar ia akan boleh menyebabkan tertutupnya ruang pernafasan kita..bila dah ttp ruang tu conform2 dah tak boleh bernafas baik kot hidung dan kot mulut..salah satu cara yang berkesan kita kena buat tracheotomy..
ape tu?
kalau orang2 medical mesti dia tahu ape tu..
tracheotomy ni adalah penebukan lubang pada bahagian trachea?
untuk ape?
dah tak boleh bernafas terpaksalah bernafas ikut trachea tu..


Image result for tracheostomy care

ha..inilah contohnye..
tapi jangan risau kalau semuanya dah ok tube dr trachea tu akan dibuang tp lama2 dia akan menyebabkan parutlah
macam gambar ni

Image result for tracheostomy scar

macam mana nak hilangkan tonsilitis tu..?
kalau ikut cara hospital kalau tak teruk doktor just bagi ubt je tp kalau teruk sangat kenalah buat pembedahan tonsillectomy mcam ayah zieyzie buat dulu..

 tp kalau nak ikut cara tradisional ade je..

  • Air Garam

  • Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. 
  • Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
  • Cara:
    • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
    • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
    • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

    • Lemon

    • Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
    • Cara:
      • Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
      • Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

      • Daun Selasih

      • Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
      • Cara:
        • Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
        • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
        • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

        • Kunyit

        • Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni. 
        • Cara:
          • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
          • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
          • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
          • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.

          • Kayu manis

          • Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
          • Cara:
            • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
            • Campurkan dua sudu teh madu
            • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
            • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu

            • Daun Pudina

            • Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
            • Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
            • Cara:
              • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
              • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
              • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
              • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis

              • Halba

              • Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
              • Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
              • Cara:
                • Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
                • Renehkan selama 30minit
                • Biakan sejuk
                • Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh

                • Biji Carom

                • Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
                • Cara:
                  • Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
                  • Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
                  • Angkat dari api
                  • minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari

                so pesanan la untuk korang pembaca blog ni kalau sakit tekak yang berlarutan tu pergi je jumpa doctor terus..mana tau kot dapat musibah yang sama..sebabnye penyakit tonsilitis ni adalah satu penyakit berjangkit melalui bacteria dan virus.so kalau kawan2 or family korang ade penyakit ni mohon elakkan drpd mereka tp jgn smpai jauhkan diri kang terasa pulak kawan..banyak lagi cara untuk dielak..
                yang zieyzie cerita ni ringkas je tp kalu korang nak daptkan more detail boleh la google eh...

                Image result for tonsillitis


                Image result for tonsillitis


                CLICK HERE FOR MORE INFO


                HIDUP DI DUNIA INI TAK SEMESTINYA HAPPY SELALU KESEDIHAN PASTI AKAN MELANDA JUA

                Tiada ulasan:

                Catat Ulasan

                Assalammualaikum...tinggalkan komen korang disini yer...Nanti saya baca untuk anda...thank you :)

                Salam Sayang,
                Zieyzie

                Copyright© All Rights Reserved www.zieyarilanakilisha.blogspot.com