Hari dah hari keempat kita rayakan..
tahun ni mmg tahun tak balik kg sebab tak boleh nak rentas negeri hahahaa..
tapi untung aku sebab rumah aku dekat 15 minit je perjalanan ke tempat kerja
jadinya dpatlah aku cuti 2 hari berbanding kawan kawan aku yang lain...
Syukur tu tahun lepas aku ta cuti pun giliran orang lain tahun ni giliran aku pulak...
Dalam tempoh PKP dan PKPB yang sedang berjalan di Malaysia ni..
balik kerja tak ada dah nak merayap macam dulu-dulu duit pun banyak habis...hahahahha
sekarang boleh la saving sikit..mana tahu kot jumpa jodoh kahkahkah..
Aku sebenarnya dah lama nak menulis benda ni tp aku tak tahu nak mula daripada mana..
so aku dengan mukadimah aku bagi ni cukup kot hahaha...
Kekadang aku fikir indah sebenarnya berada dibumi ciptaan tuhan ni...
sebabnya tanpa aku sedar rupanya dalam hidup aku ni aku dah pun mempunyai kawan dan sahabat yang mempunyai KISAH SILAM yang lampau..Yang pada dulunya aku ni takut untuk berkawan atau bersahabat dengan orang seperti mereka..
Ya...mungkin disebabkan kisah silam sebab manusia tak semua akan betul-betul akan berubah
tp alhamdulillah sepanjang aku berkawan dengan mereka walaupun keluar hanya berdua tak pernah sekali pun mereka gunakan aku..ok mostly aku berkawan ni dengan manusia bernama lelaki lah..tapi hmm adalah sorang kawan perempuan..kalau diingat ngeri jugak sbab masa tu baru nak kenal dunia..
pssstttt...aku pun bukan baik mana sangat..
mereka ada nakal mereka sendiri tetapi setakat ini mereka masih menjaga adab..mungkin dengan kisah mereka yang terdahulu membuatkan mereka berhati-hati tentang adab walaupun taklah 100%
aku masih ingat seorang sahabat pernah berpesan pada aku suatu ketika dahulu dan diulangi oleh kawan baik aku sekarang
"TIADA SEORANG HAMBA DIMUKA BUMI INI TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN..WALAUPUN SEKARANG MEREKA TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TUHAN DIDUNIA SATU JE JANGAN PERNAH SISIH PADA MEREKA DAN PANDANG SERONG TERHADAP MEREKA..MEREKA MASIH ADA MASA UNTUK DIBERI PELUANG KEDUA DAN BERUBAH..MANA TAHU SUATU HARI MEREKA PUNYA AKHLAK IMAN MEREKA LEBIH MULIA LEBIH TINGGI PADA KITA DAN LEBIH BAIK DARIPADA KITA"
Dan yes..ada je kawan kawan dah pun berjaya jadi nurse,askar,bomba..walaupun suatu ketika dulu orang pandang serong sebab mereka ni dari tempat yang berbeza dan akhlak,adab pun tak bagus sebab mereka dari sekolah juvana..
tapi sebenarnya bila diberi peluang kedua ni mereka lebih kearah kebaikan..walaupun hanya 1% yang tingkah laku masih sama..
Dan ada diantara mereka sendiri yang lebih tahu fasal agama..sesekali aku pun merujuk mereka..
dan kekadang sering jugak aku ditegur tentang solat..
So tak semua orang yang ada kisah silam ni akan buruk selamanya..kekadang aku rela berkawan dengan orang-orang duhulunya nakal atau bahasa kasarnya jahat daripada manusia yang...faham2lah..
So walaupun sekarang aku ada jugak berkawan dengan manusia yang seakan-akan mereka hidup dengan gejala sosial.. benda yang aku buat adalah mendoakan kesejahteraan mereka.
Dan alhamdulillah hari demi hari walaupun makan tahun aku nampak sedikit demi sedikit perubahan tu pada diri aku hanya mampu ucap syukur..dan dari pengalaman aku berkawan dengan mereka ni aku amik satu pengajaran dan inspirasi untuk semua orang yang ada disekeliling aku..
so guest...
"TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA DALAM HIDUP DAN TIADA MANUSIA TAK PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN..SETIAP MANUSIA ADA KISAH SILAM MEREKA TERSENDIRI..DAN HIKMAH SERTA KIFARAH YANG MEREKA DAPAT ADALAH DARIPADA ALLAH DAN BUKAN DARIPADA KITA..KITA AS A MANUSIA TAK ADA HAK UNTUK MENGHUKUM..MALAH SENTIASA MENDOAKAN MEREKA DAN MEREKA LAYAK UNTUK DIBERI PELUANG KEDUA"
- SEKIAN -